'DUKUN' Akhirnya Ditayangkan!

Salam buat pembaca blog Del hari ini, diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa senyum bak gula. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan kepada anda mengenai sebuah filem yang telah diharamkan tayangannya sebelum ini namun walau bagaimanapun ianya kini bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.



‘Dukun’ sebuah filem yang pernah diharamkan pada suatu ketika dahulu atas sebab-sebab tertentu. Menurut laman blog GEMPAK.COM filem ini berdasarkan cerita pembunuhan ‘kerat 18’ di negara kita sendiri. Filem ini diadaptasikan daripada kes pembunuhan berprofil tinggi di Malaysia iaitu kes Mona Fendey.

Antara sebab filem ini haram untuk ditayangkan pada suatu ketika dahulu kerana, ianya sangat sensitif sehingga melibatkan ahli politik UMNO dan pada masa yang sama juga mendapat tentangan daripada keluarga tertuduh. Akhirnya filem ini tidak ditayangkan.

Namun pada  5 April 2018, filem ini tidak lama lagi bakal ditayangkan pula. Sebab apa ye filem ini telah dibenarkan untuk ditayangkan di pawagam ? Del pun rasa tertanya-tanya juga. Mungkin ada sedikit perubahan dari segi jalan cerita atau pun  dari segi suntingan filem ini.

Pelakon-pelakonnya terdiri daripada Datin Paduka Umie Aida, Hasnul, Namron, Bront Palarae, Soffi  Jikan , Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, Adlim Aman Ramli dan ramai lagi. Jom tengok trailer Dukun iklan nya pun sudah kelaur di kaca tv.

Bila Del tengok trailer Dukun ni kan, teringat pula kisah perempuan yang berkebaya merah yang 'viral' hari tu. Pakaiannya lebih kurang sama pula Del tengok dengan video tular ‘Perempuan Berkebaya Merah’ dengan pakaian yang dipakai oleh Umie Aida dalam filem ini. Mungkin ini gimik filem mereka, mungkin juga tidak. Apa-apa pun kita tengok dulu filem Dukun ini yang sebenar di pawagam barulah tak salah anggap. Sekian.

23 Comments

  1. Aah kan? Baru tengok video tu tadi. Macam kebaya merah yang sama pulak..seram

    ReplyDelete
  2. I nampak promo untuk dukun di mana-mana je sekarang.. popular nya movie ni... nampak seram...

    ReplyDelete
  3. Semua ckp psl dukun , teringin pulak nak tgk yg unedit punya vera

    ReplyDelete
  4. Tengok iklan, seram. Hihi kita takut nak tengok..umie aida pelakon terbaik..tengok macam tu pon nampak dah real

    ReplyDelete
  5. Seram tak cerita agak-agak. Akak ni penakut tapi macam nak tengok cerita seram dari negara sendiri. Nanti ajak en suami lah tengok.

    ReplyDelete
  6. Rasa hati nak tengok tapi macam tak berani...agak2 menakutkan tak..akak bab2 seram ni akak lemah sikit...kena pi tengok ramai- ramai la ni kan

    ReplyDelete
  7. Ccl datang follow sini .
    Dah lama tak tengok citer seram malaysia . Harap2 filem ni tak mengecewakan

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak tengok. Dah lama tunggu. Kawn yng jadi pak pacak pelakon extra pun kecewa. Hehehe. Tu lah, nak tau juga macam mana lepas tayanagn pula? Billboard besar yer promo iklan dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan korang Del pun tak sabar nak tengok filem seram ni. huhu mungkin ni akan jadi filem seram kedua Malaysia yang Del suka selain Munafik

      Delete
  9. dah laaammmaa sgt tak tgk citer melayu. harap harap yg ni berbaloi

    ReplyDelete
  10. pernah dengar filem ini bocor lebih 10 tahun..belum pernah tengok tapi tertarik untuk tengok ! hehe #blogwalking here

    ReplyDelete
  11. Semasa isu video tular kat sosial media kita tahu mesti ada gimik ni dan ternyata ia adalah benar dan kita nak pergi tengik juga lah hehehehe...

    ReplyDelete
  12. Finally, saya pun tak familiar sangat dengan kes tu. Tapi terfikir juga kenapa dibenarkan tayang.

    ReplyDelete
  13. A must see movie. At last we can view the movie in Cinema. I can't wait to see the storyline.

    ReplyDelete
  14. Ramai cakap dukun ni best.tapi tuhlah tak berani nak tengok.spesis penakut

    ReplyDelete
  15. Hmm keluar juga akhirnya cerita Dukun ni. Tapi apa yang menyebabkan dia boleh ditayangkan? Dah diolah ke camne? Nak tengok la nanti

    ReplyDelete
  16. Mmg nampak suspen sgt citer
    Dukun ni. Lagi umie aida berlakon x pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  17. Umi Aida memang terbaik bwk watak dukun..suka tgok dia berlakon dlm cite ni. Dulu masa terlpscite ni pernah tgok tapi tak clear, so mmg teringin nak tgpk kat panggung

    ReplyDelete
  18. I think my heart will fall out watching this movie..but i bet it will be one of the best movies from Malaysia...

    ReplyDelete
  19. Nak kena tengok sekalilah. Rasanya macam tertipu lepas percaya yang video tular pakai baju kebaya merah tu, rupanya gimik untuk pelancaran cerita Dukun ni,wahwahwah....

    ReplyDelete
  20. i have been waiting for this since day 1 of announcement many years and now finally is up !!! can't wait to watch this!

    ReplyDelete
  21. Alamak...kita x suka la cerita2 mcm ni...
    Terus cancel nak stay up malam ni siapkan writting

    ReplyDelete