Kegunaan Ruas Tangan Untuk Beribadat

Salam buat pembaca blog Del hari ini, diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa senyum. Untuk entri pada kali ini, Del nak kongsikan tentang 'Kegunaan Ruas Tangan'. Mungkin ada dikalangan kita sudah tahu apa fungsi ruas selain membantu kita dalam melaksanakn tugas harian, mungkin juga ada yang masih belum tahu dan masih lagi terpinga-pinga tentangnya.

Untuk entri kali ini, Del cuba untuk berdakwah dalam bentuk penyampaian di laman sesawang. Untuk itu, mari kita mulakan entri kita pada hari ini mengenai 'Kegunaan Ruas Tangan'. Diharap agar perkongsian ini dapat meberi syafaat daripada Allah s.w.t.




Kebanyakan orang, akan menggunkan tasbih sebagai alat untuk berzikir, tetapi mengikut sunnah rasul, ruas pada tangan juga boleh mengantikan tasbih. Menarik bukan. Selain itu juga, apabila kita mengunakan jari jemari ini sebagai kegunaan untuk berzikir kelak jari-jemari itulah yang akan bersaksi dihadapan Allah s.w.t di hari khiamat. Ini bahawa, jari-jemari tersebut digunakan untuk tujuan berzikir menyebut-nyebut nama Allah s.w.t. Inilah antara hikmahnya. Mudah je Islam ni sebenarnya, tak perlu membazir untuk beli tasbih mahal sedangkan jari-jemari sahaja boleh digunakan untuk beriabadat kepada Allah s.w.t.

Untuk itu mari kita berzikir buat seketika dengan menyebut ayat di bawah:



Anda boleh rujuk di bawah untuk ketahui lebih lanjut: 
Satu  Dua

2 Comments

  1. Zumal pun guna ruas jari je dari tasbih

    ReplyDelete
  2. Saya pun guna cara ni nak berzikir..senang kalau takde biji tasbih

    ReplyDelete