Nak Deko Rumah Tapi Tiada Rujukan, No 3 Paling Mudah

Salam sejahtera buat pembaca blog cakapsinilah. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera,dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan ilmu serba sedikit mengenai cara untuk anda semua menghias rumah.



Kebanyakkan nya ramai yang terigin menghias rumah untuk kelihatan lebih menarik dan nak nampak kelainan. Tetapi, malangnya impian untuk merealisasikan impian untuk rumah kelihatan cantik dan kemas tidak menjadi. Lain yang diidamkan,lain yang jadi. Ini kerana kurangnya bahan rujukan atau contoh untuk diikuti.

Untuk itu, entri pada kali ini Del telah sediakan antara bahan untuk dijadikan rujukan untuk dekorasi rumah.

1. Pinterest

Aplikasi pinterest, merupakan aplikasi yang sangat popular untuk dijadikan bahan rujukan untuk dekorasi atau sesebuah rekaan. Gambar-gambar yang dikeluarkan dari aplikasi ini dapat memberikan inspirasi dan ilham dekorasi buat anda. Cuma perlu taip sahaja apa yang anda inginkan. Bukan sahaja hiasan untuk rumah malah idea rekaan untuk banting atau poster pun boleh didapati dalam ruangan ini.






2. Instagram

Aplikasi instagram sangat popular dikalangan peminat fotografi. Ianya bukan sahaja dapat berkongsi gambar-gambar menarik malah idea untuk dekorasi rumah juga boleh diperolehi. Caranya dengan menggunakan carian simbol "hashtag(#) ". Taip sahaja contoh #dekorasi #decoration #houseinterior dan sebagainya. Itu lah fungsi "hashtag". Tujuannya memudahkan anda dalam sesuatu pencarian.


3. Majalah Yang Melibatkan Dekorasi.

Sumber majalah, merupakan sumber rujukan yang mudah untuk didapati untuk memberikan ilham kepada anda. Pergi sahaja di kedai-kedai yang menjual majalah seperti dibawah. Mudah dan murah.



4. Aplikasi 'Design Home'

Aplikasi 'Design Home' merupakan aplikasi yang popular dalam mengilhamkan ilmu dekorasi rumah anda. Dalam aplikasi ino, anda boleh merasa pengalaman untuk menyusun atur ruangan rumah. Seronok sangat aplikasi ini, terasa impian menjadi kenyataan.


Itu sahaja yang dapat Del kongsi kan pada anda untuk entri kali ini. Diharap anda semua dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin. SELAMAT MENGHIAS RUMAH!

8 Comments

  1. uish sekarang siap ada app lagi eh nak deko rumah, senang la lepas ni

    ReplyDelete
  2. nak deko rumah pun dihujung jari jer kan...cuma ada apps dan try and error..mudah sungguh ;D

    ReplyDelete
  3. mudah ada banyak rujukan dan pilihan untuk deko rumah

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu refer cari tips deko, sekarang dengan anak kecik tak menyempat dah nak deko-deko..

    ReplyDelete